Lakar Teduh
EN

IoT · Web · Aplikasi

Peranti, laman web dan aplikasi untuk bisnes anda.

Kami melakar tempat teduh bisnes anda.

Sensor yang terus hantar amaran ke telefon bila ada masalah, berserta laman web dan aplikasi yang berkaitan. Kami di Puncak Alam, Selangor.

Peranti berhubung dengan server dan internet. Klik mana-mana bahagian.

Apa kami buat

01

IoT

  • Konsultasi: berbaloi tak IoT untuk bisnes anda, dan apa yang anda perlukan?
  • Prototaip dan R&D: papan ESP32, sensor dan firmware
  • Pemantauan dengan amaran ke telefon: suhu, paras air, elektrik, mesin
  • Dashboard untuk peranti anda

Konsultasi dan projek: sebut harga selepas sesi borak percuma

Tanya tentang IoT →

02

Web

Laman web statik
RM1,000 hingga RM5,000
Landing page, menu, profil syarikat. Termasuk domain dan server untuk tahun pertama atas nama anda, berserta kod sumber dan dokumentasi.
Aplikasi web
RM5,000 hingga RM20,000
Sistem tempahan, kedai online, panel admin. Harga bergantung pada kerumitan.
Tanya tentang laman web →

03

Aplikasi

  • Aplikasi Android dan iOS
  • Aplikasi untuk mengawal peranti IoT anda

Sebut harga selepas sesi borak percuma

Tanya tentang aplikasi →

Cuba sendiri

Demo yang boleh anda klik dan cuba. Bisnesnya rekaan, tapi semuanya berfungsi.

Cara kami kerja

  1. Borak

    Sesi 30 minit percuma melalui WhatsApp atau panggilan. Anda ceritakan masalahnya, kami tanya banyak soalan.

  2. Lakar

    Kami lakar penyelesaian dan hantar sebut harga bertulis: apa yang anda dapat, harga dan tarikh.

  3. Bina

    Kami bina dan kongsi perkembangan sepanjang jalan, jadi anda nampak hasilnya sebelum hari pelancaran.

  4. Jaga

    Selepas pelancaran, kami masih ada untuk pembaikan dan perubahan. Semuanya atas nama anda, dan kodnya pun milik anda.

Tentang nama

lakar[la.kar]
melukis rangka secara kasar; membuat lakaran
teduh[te.duh]
1. terlindung daripada panas matahari
2. (kiasan) aman, tenang

Ideanya: berteduh di bawah teknologi sambil melakar apa yang bisnes anda perlukan.

Siapa di sebaliknya

Lakar Teduh dikendalikan oleh Hazrien Nazman, pembangun web dan IoT.

Ada idea?

Ceritakan kepada kami melalui WhatsApp atau emel. Sesi borak pertama percuma.